Jun 19, 2019

Aisyah is now 11 months old

Assalamualaikum,

hi all..

Just wanna tell you that last 15th June 2019. Aisyah turns 11 months old.
On 15th July 2019, she will officially be 1 year old.. 
no more known as babies..huhu

How time flies.. 
She's getting smarter and clever..
She started crawling since the 1st raya..
And now she started to climb who is around her..
But lately, she's hardly eating. She just like eating nasi impit or plain rice without any flavour.
Quite worried but I tend to try out the new recipe for her to taste the flavour herself.

Just wanna share few pictures of Noor Aisyah aka PIPIPAU..




Next month will be her 1 year old appointment

So will see how much her weight is..hehe

With Love,
Aini


Jun 10, 2019

SELAMAT HARI RAYA 2019

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA SEMUA
pada yang mengenali diri ini
seorang blogger sejak tahun 2009
dan masih off and on update blog

Ramai yang masih blogging dan ada juga dah stop blogging

Macam mana dengan raya u all?
Alhamdulillah tahun ini Aini sambut raya bertiga dgn si budak pipipau Noor Aisyah.

Taknak cakap banyak
Aini cuma nak share gambar je.
semoga dgn gambar raya ni membuat anda tersenyum 
melihat aisyah yang bum2..hehe

sempat tido sebelum bergambar


pakai baju kurung moden youu.. 



Raya ketiga berjalan2 di Ipoh bersama sepupu2 Aini


Raya ke-5. wedding raya


Ok itu saje gambar raya kitorang..
camne..? geram tak tgk Aisyah..
Sbb tu panggil di pipipau

Alhamdulillah she is now 10month old.. 
soon on 15th June she's 11 month old..


cuba teka berat dia berapa kilo..?
sape betul dia dt kiss from aisyah..hehe

With Love,
Aini

Mar 23, 2019

Dulu dan sekarang tidak sama

Assalamualaikum...

Apa yang dulu dan sekarang tak sama? 
Actually Aini refer pada zaman IT sekarang ni. 
Ye la, klau awal tahun 2000 hingga 2015 gitu ramai duk update cerita dalam blog masing.. 
seronok membaca sambil tengok gambar.. 
Sekarang ni lebih pada update di FB ataupun di IG.. 
Aini perasan.. you all perasan tak..? Sometimes i miss those days..

Kadang2 ada yang xde masa dah nak tulis panjang lebar mengadap blog ni.. 
nak blogwalking pun lagi la.. 
Klau zaman bujang dulu Aini rajin lah update blog.. 
3 year after kahwin dah makin kurang nk update blog.. 
Aini perasan gang blog lama dah ada anak pun jarang2 update2 blog.. 
Ada dah x update langsung.. ada sampai tahun 2010 pastu tak update sampai sekarang.. 
why..why..? 
rindu oo nak baca story you all tau..

Aini update sekarang ni buat style skip paragraph..
Sebabnya klau buat cara story rapat2 panjang lebar org xmau baca..
Actually ada gak tiru gaya blogger Kak Puan Strawberry..
Sebab bila baca blog akk ni simple dah.. tak pening dan tak boring..
Tu pendapat Aini lah..
serupa macam kite msg2 dalam whatsapp
Orang baca satu..satu..
klau orang post dalam whatsapp macam karangan..
Mau baca tak..?
haha

Sekarang pukul 1145pm..
Aisyah sedang tido nyenyak di sebelah mama dia.. 
Mama dia plak tgh update blog di katil sebab tak mengantuk lagi..
sambil tu pasang earphone dengar lagu Celine Dion..
Favourite forever..sejak umur 9 tahun lagi tau..

Abah Aisyah plak tgh lepak dgn kawan sekolah dia..
kat kedai mamak area rumah je.. 
Dah lama tak kuar borak2 dgn kawan dia..
xpe biarkan la..bukannya selalu pun..

ok lah.. nk layan bende lain plak.
nnt update lagi..

Selamat Malam

love,
Aini

Mar 11, 2019

Cerita bulan Mac 2019

Assalamualaikum..

Dah lama sgt x update blog.
tak busy dgn kerja tp busy dgn anak di rumah
Sekarang aisyah dah nak masuk 8 bulan
Alhamdulillah.. sihat anak mama ni..semakin chubby dia. berat pun bln lepas 9.3kg..hehe

6 Mac 2019
ulangtahun perkahwinan Aini & hubby
Belum lagi celebrate sama2.. masing2 nak cut cost dulu.
Ada rezeki lebih baru leh cuti2 Korea..eh..

Sejak Jan ni Aini tak kerja
masih mencari setelah tamat kontrak di tempat kerja lama Dec 2018
Leceh kan kerje kontrak ni..? dah tamat nak kene cari kerja baru pula
Dah la susah nak cari kerja sekarang ni.
smlm ada terbaca 1 article orang ni dh graduate 4 tahun masih xde kerja lagi
mungkin refer pada kerja yang tetap dan mengikut bidang yang dia ambil dulu la kot.

Kalau Aini nak kerja yang ada shift ni susah.. baby kecik lagi
klau dia dah setahun lebih mmg Aini xde masalah rasanya nak ambik kerja shift ni.

But i prefer kerja office hour
sekurang2nya Aini leh spend time dgn anak di rumah
betul tak..?

Last week ada apply kerja.
Aini hantar la application siap dgn resume.
a week later dia reject
alasan dia sebab alamat rumah jauh dari tmpt company tu.
Hello..sblm ni aini kerja di Putrajaya dari Puncak alam.
Like 45mins arrive but i always on time.
yg Aini apply kerja tu kt shah alam je so i dont think its an excuse to reject me just bcoz of that..

Oklah, gtg
my lil girl just awake.
i try to jot again when i'm free or during my lil girl is sleeping.

take call all

Love,
Aini

Nov 16, 2018

Aisyah 4 bulan

Assalamualaikum,

Aisyah sudah 4bulan pada 15hb iaitu semalam la.. berat badan pun semakin semangat rasanya dh lebih dari 6kg kot. Apa perubahan dia sekarnag ni?

Dia suka ckp sorang2
Dia suka tgk tv dengan khusyuk dan leka
Dia suka isap jari dia..
Dia suka kentut byk..hehe

19hb nnt appointment dia utk cucuk 4bulan.

Pada 3 November Aini ada buat majlis aqiqah untuk Aisyah.. sekali dgn anak buah aini yusuf dan zulaika.. So ada 3 kambing la..klau diikutkan 4 ekor tp lg seekor adik aini nk buat di belah mentua dia. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. maaf ler klau ada yg kenal aini tp tak dijemput.. Kadang2 sibuk sangat dgn persiapan sampai ada terlepas pandang na jemput kawan2 lain yang kenal aini.. huhu sorry ya..

Aini share gambar skit masa majlis aqiqah ya.




Noor Aisyah banyak ikut rupa baba dia.. kulit pun nampaknya makin cerah..masa dia 2bulan kulitnya agak gelap sedikit..hehe sampai opah aini kata aisyah dh cerah dh..x gelap dh..hehe

Ok i gave to go now.. Aisyah dh panggil.. tata

Oct 9, 2018

The day she was born

Assalamualaikum,

15 July 2018, the day Noor Aisyah was born at 1213am Sunday, Hospital Salam.

2 hari sebelum bersalin.
Jumaat tu Aini dah mula kemas barang pejabat.. Sempat lagi berborak dengan kawan kata klau Aini bersalin awal macam mana sebb masa tu dh genap 9 bulan. Macam nurse kata, dah masuk 9 bulan bila2 masa saje akan bersalin. Sama ada air ketuban pecah, contraction atau bleeding.

Aini teringin nak buat cheese cake so selepas balik dari office Aini cakap kat suami nak singgah jaya grocer sebab jaya grocer banyak bahan2 nak buat english cake.. creamcheese and frozen berries senang nk dapat kt situ. 

14 July 2018, Sabtu.. 
pagi tu rasa biasa2 je tp dalam masa 1 hari tu Aini banyak berdiri.. tiba2 rajin buat eje umah and buat cheese cake bagai. mengah and sakit kaki mmg ada tp terlebih rajin..hehe.. Mlm tu Aini tengok tv, 1 family ada.. Aini bersila di lantai, suami kat sofa, adik tgh layan anaknya, mama aini di dapur nak makan.. 

Bila Aini nak bangun pegi dapur juga, tiba2 rasa air keluar banyak rs suam2.. Aini terfikir masa tu takkan terkencing kot, bila betul2 berdiri keluar lagi air, Aini pun dh panik jeirt panggil mama padahal suami ada depan Aini. Suami and adik tanya kenapa, Aini ckp dh bocor tu je Aini leh jawab.. tak sakit tp panik yang amat. contraction mmg xde rasa apa2 pun. Adik pun datang peluk Aini, dia tenangkan Aini kata jgn takut, air ketuban pecah mmg xde rs sakit.. ya mmg xde rs apa2 angsung..hati kite je yg buatkan rs macam sakit tp sebenarnya tak. Baru la aini dh rs tenang tp yang tak tenangnya suami Aini.. Terus lari naik tangga tukar baju, terus lari pi kt kereta on enjin kereta. Sampai adik Aini panggil kat suami Aini suruh bertenang. baru la dia tenang. 

Masa tu jam 9.30mlm air ketuban pecah.. Suami drive ke hospital.. mama teman Aini duk seat belakang.. air ketuban masih keluar lagi dalam kereta..nasib baik suami Aini letak tuala klau tak mesti banjir..hehe.

30minit sampai hospital Salam, terus ke labour room. Doc Aini (Dr.Siti) cuti la plak so yang ada Dr. Azwa yang ganti. Dia pun ok, lemah lembut je.. sampai di labour room nurse check jantung baby.. dekat 20minit sementara Dr.azwa sampai nurse suruh Aini tukar baju. Nurse masukkan jari utk rs kepala baby tp x dpat..ya Allah sakit yang amat masa tu. ada keluar bleeding skit. Dr.Azwa pun sampai scan perut tgk baby songsang, kepalanya masih di atas. Air ketuban dh kurang sbb tkut lemas so Dr. kata kene operate. Nak taknak kene terima juga untuk selamatkan baby. 

Suami masuk dalam jumpa Aini kejap.. Aini nangis sbb takut nak kene operate..suami Aini pujuk la kata Aini boleh dan Aini kuat. Selepas dia keluar Aini dah bersiap untuk operate..

15 July 2018, 
Jam 12am tepat Aini dh dalam bilik surgery. Ada 4 Doc termasuk Dr.azwa. masa tu Aini semput skit so Doc ada letak 2 blower heater kt kaki dan dada Aini supaya tak rasa sejuk. klau tak Aini akan semput teruk. Selepas dibius di belakang Aini, a few minutes Aini dh x rs kaki. Bermulalah untu operation. Sambil tgh operate tu Doc tgh berborak pasal bola la.. nak makan la.. kite layan je lah

Jam 1213am, Noor Aisyah selamat keluar dari tingkap. tapi masa tu xde suara dia nangis lagi.. hati Aini risau.. tapi kejap je pastu baru dengar suara dia.. Dr.Azwa tunjuk Aini dia punya tutt kata perempuan ya.. sekalil Aisyah terkencing terus.. nasib baik lah tak masuk ke mulut Aini...hehe.. Nak ketawa gak masa tu tp nangis gembira je..

Alhamdulillah semuanya selamat, baby sihat..berat pada masa tu 2.4kg.. halus je.. bila dia nangis MasyaAllah halusnya... hampir 7 tahun menanti dan Allah makbulkan doa kami suami isteri. Alhamdulillah.

InsyaAllah 15 Okt ni Noor Aisyah dah nak masuk 3bulan.. Alhamdulillah Aisyah sihat dan semakin bumbum.. rasanya berat badan dia dah lebih 5kg ni. Semangat..

Ok nnt Aini akan cerita lagi ya.. 

With Love,
Aini




Jul 10, 2018

Dulu berdua..kini bertiga..

Assalamualaikum...

Syawal hampir tamat dan macam biasa orang2 KL masih lagi buat open house.. Just like my friend 1 Zulkaedah buat open house.. hehe.. tapi dh buat open house raya la.. tu open house untuk makan with family and friends.. hehe..

Macam mana dengan raya you all? Just to share you all bagi yang kenal Aini ni.. Since the year 2009 i have been blogging and known a few bloggers.. Alhamdulillah Aini kini sedang mengandung, sekarang dah nak masuk genap 9 bulan.. tunggu masa je sekarang ni. Doakan Aini dipermudahkan bersalin ya dan juga baby selamat (^_^)

Alhamdulillah hampir 7 tahun kami berdua suami isteri dan sekarang tak lama lagi kami akan bertiga. So far baby sihat.. nama pun dah ada dh.. tu pilihan suami..hehe Aini ikut je..lagipun nama tu sedap and simple. 

Next week is my last week working, minggu ni pun dh rasa sarat sgtt..jln pun slow, makan x usah cakaplah mmg selera.. pagi td breakfast mkn beehoon goreng, ofis ada bacaan yasin then makan nasi lemak jam 10.. kul 12 keluar lunch dgn suami makan nasi ayam.. haha.. tp makan nasi separuh je sbb perut dh tegang..baby marah la tu sbb byk sgt sumbat.. haha..

ok aini nak share gambar raya tahun ni bersama family belah mama Aini.. 





Ramai kata badan Aini tak naik sgt but i think i do gain weight cuma masa bulan puasa tu turun 2 kilo.. sbb morning and night sickness at 7 mths preggy..not at early trimester.. Lain orang lain sickness dia kan..?

Ok thats all for now.. nnt Aini update lagi..

Selamat Hari Raya..

With Love,
Aini




Apr 15, 2018

Mama happy I'm also happy..

Assalamualaikum,

Happy weekend semua.. You all pegi berjalan mana hari ni? This weekend Aini duk rumah je..hehe

Image result for hot weather

Lately ni cuaca agak panas, bahang.. ada angin pun masih rs bahang kan? Ahad lepas masa nak pegi kenduri kawin kawan anak mama, mama tanya Aini selama ni bayar bil brape RM sebulan. Aini jawab biasa2 je.. in my mind there must be something that mama wanted to tell me. sekali betul.. mama said bilik mama panas..setiap kali nk solat especially waktu Zohor bilik mama mmg bahang sbb matahari direct ke bilik mama. I ask mama nk pasang aircond ke, mama macam nak tp kesian sbb nak bayar bil bagai. I said it's ok, nnt Aini bg tau Azmeer. That time hubby di luar kereta. I tell hubby bout the aircond that mama wanted and he just simply said ok.. 

Semalam (sabtu), mama aini pi kursus haji di Masjid Puncak Alam dari jam  8am hingga 6ptg. So kawan hubby dtg pasang aircond bilik mama dulu, selepas mama balik she was so happy and tear almost drop. I'm happy coz she's happy. And today my hubby add another aircond for the living room so incase if we're totally hot or during the family gathering we can use the aircond to make them feel more comfortable.

Hubby ada tanya nk pi jalan2 tak sebelum puasa.. I said Melaka sbb mama teringin nak pi sana.. dah lama sgt mama tak pi Melaka. So we might be going early May, tunggu suami adik aini balik dr Miri. 3h2m ok la.. tp belum decided nak duk hotel mana.. rasanya awal minggu May mesti ramai cuti sebab Labour Day kan..?

ok til then, i will jot more bout myself or something great stories to share with you guys.

With love,
Aini





Feb 27, 2018

Pesakit asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!

Assalamualaikum,

Baru baca article ni.. Sesiapa ada Asthmatic mohon baca sampai habis ya.

Pesakit asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!

Inhaler jenis Ventolin Accuhaler dan Seretide Accuhaler ditarik balik dari pasaran di UK selepas kandungan tidak menepati dos yang telah ditetapkan. - Asthma UK

RIBUAN inhaler asma ditarik balik dari pasaran di United Kingdom selepas didapati isi kandungannya tidak menepati dos yang telah ditetapkan.

Arahan penarikan itu dibuat apabila hampir 6,000 pengguna inhaler terkesan selepas menggunakan inhaler tersebut, lapor The Independent.

Menurut Agensi Pengawalseliaan Perubatan dan Kesihatan (MHRA) UK, dua lot inhaler jenis Ventolin Accuhaler tidak menepati dos yang telah ditetapkan ketika proses pembuatan dan menggesa pengguna untuk menggantikan dengan inhaler lain.

Pengurus MHRA, Bernadette Sinclair Jenkins menasihati pengguna inhaler tersebut untuk berwaspada terhadap kesan sampingan menggunakan inhaler itu.

"Sangat penting bagi pengguna inhaler untuk memastikan kesan daripada menggunakan inhaler tersebut.

"Kami mahu semua pesakit asma serta ahli keluarga mereka berasa yakin dan selamat dengan rawatan tersebut," jelas Jenkins.

Selain itu, ketua Asthma UK, Dr Andy Whittamore turut menyatakan kebimbangnya terhadap pesakit asma yang menggunakan inhaler yang salah.

"Sangat membimbangkan apabila sebahagian pesakit asma menggunakan inhaler yang salah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

"Inhaler jenis Ventolin digunakan ketika pesakit mengalami tanda-tanda asma seperti batuk, sesak nafas atau semput.

"Sekiranya pesakit asma menggunakan inhaler yang salah, ia boleh mengakibatkan serangan asma.

"Kami gesa semua pesakit asma untuk memastikan inhaler yang mereka gunakan tidak terkesan dengan menyemak nombor siri di bahagian bawah inhaler. Sekiranya salah, mereka dinasihati untuk dapatkan nasihat perubatan dan kembalikan inhaler itu kepada farmasi untuk digantikan," tegas Dr Whittamore.

Selain itu, satu lot inhaler jenis Seretide Accuhaler juga ditarik balik dari hospital, farmasi, peruncit dan pemborong di UK selepas dipercayai turut terkesan.

Bagaimanapun, MHRA turut memaklumkan inhaler selain jenis Vetolin Accuhaler dan Seretide selamat untuk digunakan terutamanya jenis Ventolin Evohaler, antara inhaler sering digunakan.

Feb 20, 2018

Muatnaik gambar makanan di laman sosial perbuatan tidak beradab

Assalamualaikum,

Dulu Aini suka update makanan tempat Aini makan yang best dan akan recommend pada yang tengok gambar Aini tu.. kadang2 apa kite masak di rumah pun akan share juga dalam ig. Satu hari suami Aini pesan, seeloknya janganlah kite share gambar dalam internet sebab kite akan membuat orang tu teringin nak makan. Klau orang tu nk sangat makan masa tu tapi tak dapat maka berdosalah kita. Kita tanggung dosa tu sampai bila..? Aini terdiam dan terpfikir ada betulnya apa suami Aini kata. So since that Aini stop share gambar dalam internet.. Klau ada yang pernah tertengok gambar2 makanan yang Aini share dan x padam2 lagi maafkan Aini. Hari tu Aini buat cucur ikan bilis, ptg tu kakak ipar tengok FB dan dia pun dah terliur.. terus dia pi buat untuk diri dia dan anak2 dia.. kalau time tu bahan2 yang dia nk makan tu tak cukup bahan,  nak pi kedai pun susah.. klau kedai tutup macam mana kan..? kite pun berdosa juga lah kat situ. Aini ada jumpa satu artical pada tahun 2015. memang ada keluar pasal kongsi gambar makanan dalam social media. Jom baca..


------------------------------------------------------------------------------------------------

Islam mementingkan konsep perkongsian maka wajib bagi umat Islam berkongsi makanan yang ditunjukkan kepada orang lain.

Sikap segelintir pengguna laman sosial yang gemar memuat naik gambar-gambar makanan dengan tujuan tertentu merupakan perbuatan tidak beradab menurut ajaran Islam.
Perkara itu dijelaskan oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Fawwaz Mohd Jan dalam satu ceramah dan rakaman video ceramah itu dikongsi di Facebook.
Katanya, Islam mementingkan konsep perkongsian bersama dan jika kita menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka wajib untuk kita berkongsi untuk sama-sama merasai nikmat makanan.
“Dalam Islam, nabi kata, sekiranya makanan yang kita makan itu dilihat atau dihidu oleh orang lain maka kita wajib beri kepada orang itu makan makanan yang kita tunjuk untuk mereka merasainya bersama.
“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.
Katanya, perbuatan itu seecara tidak langsung boleh mengundang kurang senang dalam kalangan rakan-rakan di alam maya apatah lagi ia boleh menimbulkan keinginan terutamanya bagi wanita yang mengandung.
Sehubungan itu, Fawwaz menasihatkan orang ramai agar menghentikan tabiat gemar memuat naik gambar makanan di media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.
“Mulai hari ini, tolonglah hentikan tabiat suka memasukkan gambar makanan yang kita makan di dalam laman sosial ini,” katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------
With Love Aini 

Followers