Daisypath Anniversary tickers

Jan 31, 2011

Cuti sakan..

Selamat Bercuti..!!
Hari ni BE kerja.. dalam bilik selalunya ada tiga orang tp hari ini tinggal BE sorang je.. sampai je opis rasa sunyi yang amat.. memang xde orang. BE pasang la ayat2 Al-Quran yang dipesan oleh Azmeer & mama BE untuk mengelak daripada kene ganggu. Tau la area putrajaya ni macam mane kan. Anyway, 30 minit kemudian, Kak Najdah datang..Rasa lega yang amat sebab ada orang. Jadi kite tapau untuk sarapan pagi di kantin bawah, bawak atas makan kt bilik BE.. BE makan beehoon goreng singapore & Hash Brown yang kite selalu makan kat McD for breakfast tu. Dah habis makan, Kak Najdah balik ke bilik dia, tinggal BE sorang alik. Sekarang ni BE tengah dengar lagu english early 90's 80's. BE suka dengar lagu 90's 80's daripada lagu skg ni..

Minggu ni memang ramai ambik cuti sebab esk dah cuti Hari Wilayah, pastu CNY plak jatuh pada hari Khamis & Jumaat.. Alang2 dorang ambik la cuti hari Isnin dan Rabu so jadi la 1 minggu cuti.. Kalau dah cuti panjang, penyakit M tu dah datang ler.. Hari ni pun BE rasa boring, no one to talk to.. sunyi sangat. BE takleh duk dalam sunyi atau gelap.. rasa rimas sgt2..

Perut ikan BE dh makin besar la.. Ikan guppy.. Jangan ia beranak time BE cuti sudah ler sebab BE cuti hari rabu. Isnin depan baru masuk kerja. BE risau, kalau dia beranak kite tak asingkan cepat dia akan NGAPP anak dia.. tak sempat anak dia nak tengok dunia. Tak silap BE kan, itu dah kali ke 3 dia beranak tau.. Gatai tul ikan ni..Hehe

~BrightEye~

Jan 30, 2011

Wedding card

Assalamualaikum,

How are you readers..? BE agak rasa kurang sihat.. Dari malam semalam sampai sekarang BE sakit kepala sbb kene hujan semalam. Hujan renyai tapi BE tetap nak update blog jugak.

Semalam BE pergi Arnie Creation di Sri Rampai bersama dengan Azmeer & Nur my bff untuk buat baju fitting tapi malangnye baju untuk perempuan staff owner tu lupa nak adjust baju ikut size BE..aduhh frust tul masa tu so wat fitting untuk lelaki je la.. Wahh he look so gorgeous in that Malay suit. Untuk BE punya, BE kene datang sekali lagi pada sabtu depan untuk wat fitting. Harap2 staff dia tak lupa la but i will follow up with her. BE perasan ada gambar faizal hussien kt butik tu, rupanya dia pernah sewa baju dengan Arnie Creation. Anyway....

Selepas selesai wat fitting, perut BE dah kuar bunyi Jazz (tandanya dah lapar la tu) so kite semua pegi Jusco di Wangsa Maju. Memang dah banyak perubahan sejak BE study dulu. Selepas tamat class BE selalu pegi Jusco Wangsa Maju tu sebab dekat. Kami bertiga pergi makan kat food court Jusco. We all decided to eat Western Food. Ni gambar yang kami makan.


Chicken Chop (Azmeer punya)
Beef stick ( BE punya)


Chicken Crispy (Nur punya)
Yong Taufu (Kami bertiga punya)
Banyak kan kami makan tp BE tak dapat habiskan Yong Taufu.. Azmeer & Nur je yang habiskan..
Dah habis makan, kami pegi ambik Wedding Card.. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak.. Orang yang wat kad tu datang kat Jusco and gave us all the cards he made.

Azmeer duk mengira kad selepas pulang dari KL
Ini lah hasil rekaan kad kahwin khas daripada BE dan Azmeer sendiri..Cantik x?
So far BE dan Azmeer berpuas hati dengan kad kami dan akan diedarkan tak lama lagi.

~BrightEye~

Jan 28, 2011

Tanda Lelaki Sayang..

Sebelum reader baca ni.. BE nak readers baca dari mula. Jangan skip2.. tp terpulang pada readers la. Memang nampak panjang, setengah readers x suka baca panjang lebar mcm baca novel. Ini bukan 1 cerite tapi pengetahuan buat kaum Hawa. BE dah banyak kali baca 1 website ni.. BE ingin tau erti kasih sayang, cinta, kesabaran dalm hidup kita. Kalau nak baca tentang cinta leh bukak di sini Tentang Cinta . Ok Selamat membaca..

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

~Bright Eye~


Siapakah yg berbaju biru itu..?

Hmm semalam ingat nak update blog pasal satu citer seram ni. Memang seram la.. Ini berlaku di opis BE tp yang kene bukan BE la.. Yang kene opismate BE, 1 bilik dengan BE..

According to her story (chewah, bahasa inggeris la plak) Haha.. Semalam dalam jam 8:30pg gitu la..kwn BE ni baru alik dari kantin tapau makanan utk sarapan. So bila dia nak menghala ke bilik, dia ada ternampak 1 kelibat b'warna biru cair..nampak macam orang berjalan. Kelibat tu menghala ke Printer belakang, tempat BE selalu print kerja. Klau nak print kene pegi belakang la, memang xde pilihan. Belakang printer tu ada pintu exit, jarang orang guna. Tak kunci pun sebab ada staff 'charge bateri' kt luar tu. Kat lorong tu ada 3 bilik. Ketiga-tiga bilik tu memang takde orang sebab dorang outstation cuma ada satu bilik ni org tu belum sampai lagi. So memang takde orang la, lagi2 takde staff yang memakai baju warna biru cair itu.

Dalam jam 5:20ptg gitu, kwn BE ni nak g ambik wudhu. Dia pegi sorang, semasa tengah ambik wudhu tu dia terdengar ada orang masuk. Dia wat donno je la tp di mata ekornya dia macam ternampak warna biru cair tu lagi. Ia seperti manusia memakai baju warna biru cair dan tudung putih sedang berjalan sambil membongkokkan badan skit seperti nak tumpang lalu (mana ada orang wat camtu dalam bilik air). Belakang tempat ambik wudhu tu ada 3 bilik air. Bila kwn BE dah habis ambik wudhu dia toleh belakang dan...............dia hanya nampak semua 3 pintu bilik air tu buka..takde yang tertutup. apa lagi naik la bulu roma dia, dengan kelam kabutnya dia keluar dari bilik air. BE tengah wat keje pastu ternampak muka kwn BE macam dalam ketakutan. Bila dia cerita pada BE, bulu roma BE pulak naik.. Aduiii dah la hari isnin depan BE keje sorang.. ramai yang ambik cuti panjang minggu depan sebab ada cuti wilayah dan CNY.. Hmm ntah ler..BE kene kuatkan semangat la.. biar pintu terbukak luas.. kadang2 bila duk sorang dalam bilik rs mcm ada bende memerhatikan BE..which happened to me 2 months ago..

~BrightEye~

Jan 27, 2011

Rindunye..

Aiii baru 1 hari outstation di Kedah dah rindu. Macam lama lak padahal esok baru Azmeer alik KL. Pagi td rasa mcm nak demam, duk soksek je..demam rindu.. Macam mana la bila dah kawin nnt. Azmeer kerap gak pegi outstation..huhu lagi demam rindu ler..

Hmm, BE bukak lagu Shania Twain. Tajuk dia You're still the one. Ada orang bagi tau BE x mungkin kekal lama dengan Azmeer tapi cinta kami kuat dan sekarang Azmeer dah jadi tunang BE dan pada bulan March 2011 Azmeer akan menjadi teman hidup BE. Pelbagai dugaan yang kami terima. Ada yang mengata pasal hubungan kami. Ada yang tak suka bila kami bersama dan BE tak tahu kenapa. BE bersyukur pada Allah S.W.T yang kami masih bersama. My dear, this song is for you and also to my friends..


~BrightEye~

Nak letak title apa ye...?

Assalamualaikum,

Today in the office is quiet and outside is raining tho i didnt see from the window because i dont have a window.. Dengar dari dalam je ler..dh dengar bunyi guruh dan bunyi hujan lebat kat atas bumbung tu dah tau la hujan harini. Hari ni jam 3.45 pagi BE bangun, kejutkan Azmeer (Miss Calls) sebab dia nak pegi Kedah ada side visit kat sana. Katanya semalam kejut dia sampai dia miss call and sms BE alik.. Dalam 4 kali BE call takde bunyi ringing.. BE dengar suara perempuan.. Dia kata "The number you have dial is not reachable" hehe.. BE dah risau dah sebab takut dia terlajak bangun. Untuk kali yang ke 6/7 BE pun tak ingat dah, baru BE terima misscall and sms Azmeer. Dia kata "otei dh bgn". Lega BE.. pastu BE pun sambung tido alik sampai jam 5.45pagi sebab BE dah nak bersiap g koje..

BE sampai opis jam 8.26pagi..mmg dah lambat dah tu..asyik jam je..ntah ler tgk cam makin banyak lak kereta di Malaysia ni.. Rasa kereta lg byk dari manusia kat Malaysia..haha
Jam 11:30pagi td, BE terima sms daripada Azmeer, dia nak sms pada mamanya tp terhantar ke no. BE.. Alhamdulillah Azmeer sampai Kedah dengan selamat. Esk baru dia pulang, drive..Semoga Allah S.W.T melindunginya dan sahabatnya kembali ke destinasi dengan selamat. Amin..

Dari tadi BE duk soksek, rimas yang amat.. Dah telan dh panadol sebiji, malas nak makan 2 biji. Pakai coat tebal pun masih sejuk lagi. Lunch tadi makan nasi skit, taufu lembik 1 n 2 biji fishball dan nescafe suam, Semuanya RM3.50, memang tak berbaloi.. klau BE beli taufu lembik 2/3, fishball 5 biji xpe ler.. Ntah ler, kt kantin bawah tu mmg mahal pun tp kt bwh ler paling dekat nak g beli nasi campur..

Ok thanx for dropping by..t sambung lagi..tata (Ooo tajuk BE xtau nak letak apa..its random..hehe)
 

~Bright Eye~

Jan 24, 2011

Sedapnyeee...

Hi readers..

Ntah tiba-tiba dalam kepala BE ni pikir ice cream atau yang creamy.. Rs teringin plak sbb td tgk dalam channel TLC (dulu panggil Channel Travel & Living) ada keluar dorang wat ice cream.. iklan la.. pastu terus BE buka google image type ice cream.. Macam2 jenis ice-cream dia keluar.. Salah satu yang BE suka....

ice cream cake
Hehe..tau tak kenapa yang last sekali ada kacut..? Sebab yang kacut tu dibuat daripada ice cream.. BE terjumpa dalam google image.. Nama dia Lil' Ice Cream Cake Custom Shoe.. Nampak real kan.. sayang nak makan tu.. BE akan biarkan kacut tu dalam crystal ice.. Biar cantik bentuk dia.. hehe

~Bright Eye~

Limau oh Limau

Assalamualaikum,

Hi all..today is Monday and ofcourse ramai ada penyakit 'M' sebab cuti panjang kan..? Ada orang ambik cuti direct dari hari Thaipusam sampai ahad dan ada juga sampai hari isnin.. Kira 4/5 hari cuti la..Klau dah cuti panjang tu memang liat la nak g koje.. hehe..Tapi BE koje hari jumaat tu..huhu

Sebenarnya BE nak citer pasal limau ni.. Memang kes limau ni dh lama keluar cuma ada sesetengah orang tak tau kes ni. Tadi BE makan limau, given by colleague katanya jiran2 dia ramai org cina, jadi dia dapat la buah limau..tak tau la berapa kotak. Maklum lah dah nak dekat Chinese New Year.. Tahun Arnab.. (Tahun adik BE lahir).. Masa nak makan limau tu terberhenti jap sebab teringat gambar ni..

Nampak tak kepala warna Hitam tu.. itu la 'tetamu' limau import dari China


Eeeee Banyaknye...

So itu la wat BE terbayang-bayang makan limau ni. Nak makan boleh tapi kene la hati-hati.. Cerita kes limau ni BE jumpa dari Blog hamba Allah.. BE kuarkan ni pun hanya untuk pengetahuan dan pemerhatian anda. BE tak tau limau ni dari company mana. Lagipun kite boleh nampak limau tu dah tak juicy, kering je mungkin sebab tu dah ada 'tetamu'..

The choice is yours..

~Bright Eye~

Jan 21, 2011

Hi all

Hello readers,

Now is almost 12midnight and my eyes still fresh but yet i still have to sleep because tomorrow i'm workingggggg.... Papers on my table has almost reached my shoulder and i didnt touch a bit but will be touch tomorrow tapi masih ada lagi..lusa tu dah hari sabtu jadi hari jumaat ni memang hari yang paling malas nak buat keje.. Layan internet, lagu je..haha jahatnya.. tak baik tau, takleh goyang kaki je kan.. tp BE wat keje jugak.. Keje ni pun untuk diri sendiri.. makan minum untuk diri sendiri.. Hasil keje kite tu pun akan dapat duit utk perbelanjaan kite di dunia ni.. xde duit xde la nak makan minum utk kesihatan kite. Kalau tak makan, kite akan sakit.. Kalau sakit kite kene MC duk umah.. Kalau dah hari2 sakit, duit xde macam mana kite nak teruskan hidup.. duk umah dlm 6 kaki dalam ler.. Itu la hidup kite.. Hidup di dunia..Mati kite di dunia akhirat pulak.

Some people say.. We must enjoy our life before we die..No money No Fun.. Tapi pendapat BE, apa yang dorang cakap tu is not correct.. Kite sbg manusia di dunia ni harus bersyukur pada Allah S.W.T krn memberi kite nyawa, harapan, rezeki yang diberi olehNya. BE bersyukur dengan apa BE dapat sekarang ni. BE dah lalui pelbagai dugaan yg BE terima. Hanya dengan kesabaran BE, BE berdoa pada Allah. BE takkan putus berdoa hingga nafas akhir BE. BE ingin hidup bahagia bersama family BE, bersama bakal suami BE, bakal anak cucu cicit BE.. selepas cicit apa ye..? Kalau dipanjangkan umur BE nak tgk anak cicit BE..mesti ada rupa mcm BE..hehe. Mcm cerita arwah Tan Sri P.Ramlee..'Anak Bapak'.. "Sorang gemuk, sorang kurus, sorang gemuk, sorang kurus.." Hehe..

K la t sambung lagi ye.. dah nak 1230am..aduhh asyik tdo lambat je.. k selamat malam.. eh selamat pagi..

~Bright Eye

Jan 19, 2011

From This Moment On

Today is my anniversary with my beloved fiance. For 3years & 7 months we've known each other and it's a wonderful life we've been through..
This morning my head keeps playing this song.. And i would like to share with you all.. And to you Sayang BE..



~Bright Eye~

Jan 18, 2011

Contest Mencipta Logo Dynas Fan Club

Hi Hi..

Jom design logo untuk Dynas Fan Club. Since its the first time Dynas Fan Club appear, why not you or me myself create a design for DFC.. Click here for further info.. DynasFanClub

http://4.bp.blogspot.com/_l1iH9Na_mvU/TS2FxVa3DdI/AAAAAAAAEPY/5_mMOQW5fmY/s1600/dynas%2Bemail.jpg

All conditions and info are all in there..Good Luck (^_^)

Jan 15, 2011

Just around the corner

Hi..hi..

Know what..? The wedding is just around the corner.. i'm so eager to be his wife because i want to be with him always.. How jiwang i am..Who cares what people want to say..!! Most girls will be getting too eager to get marry to the person they love. Tak sabar nak tukar status married. gatainye..  To be a wife is not as easy as it looks even tho i'm not marry yet. Tp BE leh nampak, bila dah bergelar isteri memang banyak tanggungjawab kite untuk rumahtangga kite yang baru bina. Dari BE kecil sampai sekarang BE duk dengan family, masih duk bawah ketiak mama.. tido dengan mama walaupun BE dah berumur 26 tahun (lambat lagi, Oct br 26..hehe) Alamak, dh nak 26 ke tahun ni.. tak rasa 26 pun..hehe Tp itu la kenyataannya, tahun ni BE akan masuk umur 26 tahun.. Azmeer akan masuk 26 tahun bulan Februari ni.. (Hehe..sayang BE dah tua)..

Hari ni, BE g nilai lagi.. Kali ni BE pegi dengan Mama, adik & Azmeer.. Naik kete Saga putih.. hehe. BE lum tunjuk lagi ek.. it was 2 months ago BE bought the car..

Walahh..ni la kereta BE & Azmeer
Pasang Spoiler..nice tak..?
Yang lampu biru tu baru pasang gak la Waktu malam nampak nice..

Nice tak..? BE nak nmpk garang skit..hehe tak la garang mana pun.. ok la macam tu.. Jarang nampak orang pasang lampu biru tu.. Azmeer yang beli..BE ok aje..hehe..We had the same taste.

Masa g kat nilai tadi, sayang BE yg drive.. mula2 beli door gift utk tetamu.. BE beli fan kt KK Home Deco. BE ada member card dia jadi dapat lah diskaun. Masa BE beli kipas tu BE beli corak yang kayu, memang nice dan nampak traditional tapi dengan kuasa Allah, ada seorang sales girl ni datang kat BE. Dia tanya "adik betul ke nak kipas kayu ni?" BE tanya "kenapa kak?" dia tunjuk ada SALIB.

tengok dalam bulatan hijau
BE dan Azmeer memang terkejut.. Klau tak kerana Azmeer suruh kakak tu kira kipas memang kite tak perasan ada tanda Salib tu. Jadi BE dan Azmeer tukar kipas lain..

BE drive alik sebab Azmeer migrain..cian sayang BE. Azmeer pun tak bagi tau BE yang dia tengah migrain. Dia sampai umah baru dia bagitau BE. Katanya dia nak itut jugak gi nilai.. Gatai dia.

Ok thats all for now.. Nnt BE akan update lagi.. tata. Nak mamam cheese cake mama wat..hehe

Jan 7, 2011

Dynas Fan Club..

Assalamualaikum & a very good morning..

Finally Dynas dah buat fan club. Memang dah lama Dynas nak buat fan club and here it is..
http://dynasfanclub.blogspot.com/

Click to enlarge.. tudung hijau tu BE la..
Gambar tu BE di Sunway Lagoon bersama Dynas, fans dan anak2 yatim.. Nampak x anak2 yatim kt belakang tepi kite.. Kite tengok Peter Pan The Musical.. Klau nak tengok, pergi la kat Sunway Lagoon.. i recommended to seat infornt of the stage.. Memang best time nak habis.. Anda akan kene snow bubble and Sprinkle all over you.. hehe Best.. Adik BE paling byk kene snow bubble sampai air minum 100 plus dia pun dah kene masuk snow bubble..tak minum lah lepas tu, BE suruh dia buang je. hehe

Sesiapa nak jadi ahli Dynas fan club boleh lah daftar di blog ni http://dynasfanclub.blogspot.com/
Scroll kat bawah sekali untuk daftar nama anda. Bayar RM20 dan anda akan dapat T-shirt DynasFanClub. The choice is in your hands.. (^_^)

Jan 5, 2011

Hari ini...

Hari ini BE keluar dengan tunang tersayang.. Cian sayang BE demam.. BE paling risau kalau dia demam sebab demam dia memang lambat baik. Rasa nak je jaga dia sampai dia sembuh. Pagi tadi pergi hospital atas urusan kesihatan BE, Alhamdulillah xde apa yg negatif.

Dekat 4 jam menunggu untuk giliran BE dipanggil. Tunang BE dah lapar dah, jadi dia beli nasi goreng n' waffle peanut butter..emm dap dap.. Masa tunang BE dh nak mula makan tiba2 no. giliran BE keluar.. No. 5409. Kelam kabut BE n' tunang bungkus alik makanan tu.. kecian dia tgh lapar.. Selepas jumpa doctor, terus g kat kereta, tunang BE terus makan. BE pun pasang cerita Madagascar Penguin yg series punya.. cam tgk movie lak..hehe

Walaupun tunang BE demam tp dia kuatkan diri untuk temankan BE pergi hospital. Thank you sayang..

Selepas keluar dari hospital, BE n' tunang terus pergi Jabatan Islam kat Keramat.. Hospital kt putrajaya sampai keramat dekat 2 jam sebab KL hujan, hujan lebat sangat. Klau BE drive time hujan lebat, memang tak jalan kereta tu..

On the way alik rumah, BE drive separuh jalan dari sg.buloh. Hari ini ada pasar malam jadi BE n' tunang singgah jap nak beli buah. Tunang BE beli nasi ayam.. Ayam gorang dia cedap..nampak rangup and byk kulit..emmm..dap dap..hehe

Esok keje..malasnye.. rasa nak ambik cuti lagi tp keje byk kt opis tu..aduhh.. Tunang BE cuti esok, mc 2 hari.. leh la bangun lambat..Kalu hujan pagi2, cedapnye tido dengan selimut n' bantal ucuk.. hehe

~Bright Eye~

Jan 4, 2011

Lagi 10 Minit

Lagi 10min nak balik.. dari pagi tadi kene migrain..mungkin sebab byk pikir untuk wedding bulan 3 ini.. Byk bende tak settle tp BE yakin, InsyaAllah dalam hujung Januari ni, semua settle.. Dalam keadaan migrain pun sempat lagi wat blog.. BE xde mood nak wat keje..rs nak main game je..Hehe. Lunch tadi pun makan kuih n biskut je..

Hmm..cam dengar bunyi guruh je kat luar.. Dah lah bilik opis BE xde tingkap.. rimas tul sebab tak dapat tengok matahari.. Rasa cam terperap je dalam penjara..even penjara pun ada tingkap..rimas, rimas.. Nasib baik la ada anak2 ikan untuk menghiburkan hati BE bila BE stress dengan kerja. Hehe..

K la..nak kemas cepat.. 5:30 sharp terus cabut..Haha..Tata

~Bright Eye~

Jan 2, 2011

Selamat Tahun Baru semua..

Selamat Tahun Baru.. Sekarang dah 2011..masa berjalan dengan begitu pantas.. Banyak kenangan pada tahun 2010.. semalam ingat nak update blog untuk 1.1.211 tapi masa tak mengizinkan. Sejak musim hujan ni BE kerap attack asthma sebab musim hujan. Tapi BE bukan nak cerita pasal penyakit BE.. BE nak cerita2 sikit.. Aleh2 jadi banyak lak..Hehe..

BE x sempat nak update blog untuk bulan Dec.. Byk gak aktiviti BE pada bulan Dec.. BE byk attend wedding family tunang, wedding kawan2 BE.. memang ramai kahwin pada bulan Dec.. leh katakan setiap ujung minggu keluar pergi wedding je. BE tak sempat nak upload gambar..tengokla kalau BE rajin BE upload ye.

Dah hampir 8 bulan BE bertunang dengan Mohd Azmeer Abdul Aziz.. Dah 3 tahun 7 Bulan kami bersama.. Alhamdulillah hubungan kami masih kekal hingga sekarang. Dengan pelbagai dugaan kami terima, kami masih tetap bersama.. Love you Azmeer sayang.. (Hehe..jiwang skit)

Sekarang dah 02.01.2011.. sekejapnya hari berlalu.. rasa cam baru je 1 Januari tp sekarang dh 2hb. Semalam pergi Nilai dengan family BE.. Kami bertolak dari rumah jam 11:30am tapi sebelum tu kami singgah McD dekat dengan rumah, breakfast kat sana.. Jadi western plak.. Sebenarnya McD tu dh hampir 5 bulan  bukak tapi sepanjang 5 bulan tu tak pernah jejak kaki kt McD tu walaupun dekat. 5 min dah sampai dah, hehe.. Papa mama makan big breakfast, adik BE makan Pancake tp dlm menu McD panggil Hot Cake.. BE makan bubur ayam.. lama tak makan bubur McD.. Dah habis makan kami smua bertolak ke Nilai.. Beli barang sambil cuci mata sampai jam 5pm baru balik.. Memang tak sedar masa tu.. tak tengok jam langsung cuma ada rasa cam lama sangat duk sana bila tengok jam rupanya dah nak malam dah..Haha.. Sempat gak kami makan sate Haji Samuri kat R&R Nilai.. Ada sekali BE tercakap Sate Haji Samurai.. Haha..

Sampai rumah agak lewat la jugak.. Memang letih tapi seronok.. Seronok sebab dah lama tak keluar 1 family.. Hati rasa seronok and at the same time rasa takut.. Alam perkahwinan BE is just around the corner.. Byk bende lagi tak settle.. BE harap by Februari  ni semua dh settle dh..

I'm so eager to be the Queen on my big day.. gatainya...

~Bright Eye~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,