Daisypath Anniversary tickers

Feb 22, 2012

Brown bukan coklat

Salam semua..

Pagi tadi semasa g bersiap, BE tgk baju yang BE pakai ni.. biasa2 je..baju kurung. Mama BE jahit tau.. Kebanyakan baju2 kurung yg BE pakai g keje semuanya mama BE yang jahit. Dia bukan tukang jahit pun, it's a part of her hobby. Bila dia nak menjahit dia jahit lah.. So since mesin jahit dh rosak, hampir 24 tahun mesin tu mama guna skg mesin tu di k

edai nak fix apa yg patut. Ok back to the topic, hari ni BE pakai baju warna coklat. Tgh duk bersiap BE teringat masa zaman kecik2 dulu.. Citer dia pasal warna coklat atau dlm bahasa inggerisnya Brown.

Mama BE dpt posting di Sydney, Australia selama 4 thn lebih. ketika itu, BE umur 6 tahun. Tak sempat pun nak habis sekolah darjah satu di KL. BE pun tak ingat apa nama sekolah tu. Dalam pertengahan tahun tu, BE sekeluarga (mama, papa & adik BE) berangkat ke Sydney. Masa tu musim sejuk. Bila dh duk sana BE kerap kene asma sebab tak tahan sejuk
.

Hari pertama BE sekolah di sana (Double Bay Public School, Sydney Australia). Pada mulanya mmg takut. Semua orang b'rambut perang atau blond. Klau nak ckp bahasa inggeris tu mmg totally blur. Pada satu hari, mungkin dlm seminggu kemudian BE sekolah kat sana, BE dah ada kawan. Sampai skrg BE ingat nama dorang. Yang mula tegur BE nama dia Holly (she's the tallest girl among the others), Samantha (bff Holly, she's very kind and pampered person) and Theresa Li (Chinese girl from Australia). Mereka lah yang BE paling rapat sehingga kami darjah 5. Class pun tak pernah berpisah...best kan..?

Satu hari ni ada buat aktiviti. Masing2 berpecah, ada yang gi membaca, painting, arts & crafts. Dorang ni mmg kreatif.. Macam biasa BE & the gang main cat (painting). Holly & Samantha main2 campur cat di atas bahan keras.. bila kacau n' kacau warna tu bertukar jd warna coklat. BE tgk je masa tu pastu BE ckp "Eeee coklat..." Dorang pun ketawa.. BE pelik lah nape dorang ketawa, betullah warna tu bertukar warna coklat pun. BE masa tu mana tau sgt ckp english. Pastu Holly betulkan ayat tu "it's not chocolate, it's brown" BE pun "Oooooo" Masa tu paham skit lah apa dorang ckp tp nak respond tu mmg xtau ler..



Itu lah kisahnye Brown bukan coklat.. hehe



1 comment:

lisa_lisz said...

hehehehe...
so sweetttttttt ;))