Daisypath Anniversary tickers

Feb 24, 2012

Taskirah Menguap

Be nak share pada readers ttg kite menguap.. it's for our own good..


Menguap.....semua orang menguap tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap. Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut.

Ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah....kan manis gitu..Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh.....huh....haaah dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini. Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga. Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan..? Astaghrafilullah..! begitu rupanya...

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita bila syaitan seronok? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala...insya Allah..



2 comments:

MaryaYusof said...

Salam BrightEye,

Menguap dgn bunyi-bunyian mmg kurang sopan... lg2 klau pelakunya perempuan... Akak dulu pun klau dah ngantuk sgt ternguap2 jgk, skrg kena control lah kan :)

BrightEye said...

Marya:

Salam, tu lah kak..klau nak menguap especially perempuan kene lah control menguap klau tak buruk rupanya..hehe

Followers