Daisypath Anniversary tickers

Mar 16, 2012

Mulut Pencetus Dosa / Doa?

Assalamualaikum,


Hari jumaat ni BE nak share dgn readers dan biarlah ini adalah satu pengajaran buat kite semua tak kira pada kaum Hawa ataupun kaum Adam.. mmg agak panjang tp seeloknya bacalah sampai habis ye..



Biasa kita dengar "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". itulah perumpamaan orang melayu yang banyak mengajar kita supaya berhati-hati semasa berbicara. oleh sebab itu, orang melayu lebih dikenali dengan sifat sopan santunnya..

Namun begitu, terdapat sebilangan masyarakat kita yang tidak sayang mulut, suka cakap lepas, suka mereka cerita, suka mengumpat dan suka menabur fitnah. Mereka ini seolah-olah suka melihat penderitaan orang dan langsung tidak menepati perumpamaan kita itu. 



Mulut Amanah Allah
Mulut ini juga adalah dikenali sebagai lidah. Lidah merupakan salah satu daripada tujuh anggota yang Allah amanahkan kepadanya untuk dimanfaatkan dan dijaga dengan baik. Mulut atau lidah sebagai contoh diamanahkan untuk membaca Al-Quran, bercakap perkara baik dan menyampaikan ilmu tetapi realitinya, manusia menyalahgunakan amanah ini apabila manusia tidak menjaga amanah, mulut itu akan menjadi alat pemusnah kebahagiaan masyarakat.


Tidak Sayang Mulut?
Kita mungkin tidak hairan dengan ahli politik dengan setiap ucapannya boleh menyakitkan hati parti lawan .ucapan yang berbentuk fitnah sudah menjadi asam garam dalam politik. Demikian juga sifat dua insan yang berebut kuasa dan sebagainya. Kata mengata antara satu sama lain sudah menjadi lumrah. Persoalannya, adakah dengan mengata orang, pihak satu lagi boleh insaf dan taubat?? Tidak sama sekali, malah mereka akan bertambah jauh. Jadi, tiada faedahnya berbuat begitu..
Selain itu, wanita juga antara golongan yang kurang prihatin soal menjaga lidah atau mulut. Menurut kajian, wanita bercakap lebih banyak perkataan sehari berbanding lelaki. Namun antara perkataan yang keluar itu, kita tidak pasti berapa banyak pula yang digunakan untuk menuduh dan memerli orang lain dalam gurauan. Barangkali sedikit sahaja kata-kata yang berunsur nasihat.


Mulut Isteri Mencetuskan Doa
Kebanyakan isteri tidak sedar mulutnya pencetus keruntuhan rumah tangganya. Ini kerana setiap ungkapan lidah itu merupakan doa. Doa itu pula akan dimakbulkan Allah apabila sering diulang berkali-kali. 
"SMS lagi, perempuan mana tu??"
"Tu nak telefon janda mana tu??"
"Balik lewat lagi, dating la tu???"
Itulah dialog yang sering diungkapkan seorang isteri apabila cemburu. Bayangkan jika setiap ungkapannya menjadi doa dan doa itu diaminkan oleh suaminya. pasti doa itu akan dimakbulkan Allah.


Allah Makbulkan Doa Yang Serius
"Abang jangan rapat sangat dengan ustaz tu, nanti berjangkit pula." kebetulan ustaz itu baru berkahwin buat kali kedua. 
mengapa digunakan lidah untuk mendoakan suami untuk perkara yang negatif?
jika buruk yang diucapkan maka buruk yang akan diperoleh. Jika pologami yang dibayangkan maka poligami yang diperoleh tetapi jika secara diam kita berdoa kepda Allah agar diselamatkan rumah tangga, dikuatkan iman suami, tentu lebih baik. 
Oleh itu, jika melihat suami berbual dengan wanita lain, jangan terus mengesyaki dia curang, tetapi doakan keselamatan iman suami. 

Jelas disini, mulut anda amat berharga untuk mencipta rumah tangga bahagia. 
Maka tidak syak lagilah perumpamaan melayu kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa adalah sebahagian daripada ajaran islam...

   



No comments: