Daisypath Anniversary tickers

Jun 1, 2012

Penting..!! Khas untuk kaum hawa..


Assalamualaikum, 
Hi readers, BE nak share utk kaum hawa tentang kes jenayah ini.. Cerita ni mungkin ada yg dah baca dan ada yg belum. Klau leh share la pd kawan, girlfriend, kaka/adik perempuan, aunty, ibu dan sape kaum wanita yg berjalan sorang di mana jua. Sila baca sampai habis ye.. Ini sgt penting demi untuk keselamatan anda..

Menurut akhbar harian metro, sekarang ni ada satu trend penculikan yang diikuti dengan samun dan rogol, dihadapi wanita seawal-awal pagi hari di bandar raya Kuala Lumpur dan sekitarnya. Sudah ada rentetan peristiwa yang berlaku. Perhatikan:-

1. Pada 22 Februari, 2012, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki untuk bertemu sebelum dia diculik dan kemudian dirogol bergilir-gilir.

2. Pada 24 Mac, 2012, seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi(bekerja secara sambilan)

3. Pada 30 Mac, 2012, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Dan terkini...

4. Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas,  kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau. Dia diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Yang sedihnya, kejadian rogol itu dirakam oleh lelaki-lelaki itu konon untuk koleksi peribadi. Selepas jadi habuan nafsu buas mereka, mangsa dibebaskan  lantas membuat laporan di Balai Polis Travers, Bangsar.

Apa yang terjadi sebenarnya? 

Mangsa jalan sorang diri ke kedai. Masa tu, dia dihampiri dua lelaki tidak dikenali. Kedua-dua suspek kemudian pegang tangannya. Yang sorang, lepas tu, letakkan pisau di lehernya.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” 

Di dalam kereta, kepala mangsa ditutup menggunakan kain. Dia dirogol di situ, dalam kereta itu!
“Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong. Di rumah itu, penderitaan mangsa berterusan. Dia terus dinodai kumpulan berkenaan, dengan dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga haiwan bertopeng manusia itu. Dah puas, baju mangsa diserahkan. Episod berakhir dengan penculik, perogol dan penyamun itu mengambil telefon bimbit dan wang tunai RM100 miliknya. Kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan,"

Mangsa ditemui orang awam yang membantu dan menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini. 

Polis berusaha keras memburu kumpulan itu. Kami masih meneruskan siasatan. Dan, polis tidak menolak kemungkinan kes-kes di atas saling berkaitan. 

Kesimpulan

Culik, rogol dan samun - serangan ‘tiga serangkai' digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu. 

Awas, wanita! 

Kumpulan ini bergerak dengan kereta Proton Waja hitam, berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana anda yang berjalan sendirian.

Jadi, berhati-hati, ya!



No comments:

Followers