Daisypath Anniversary tickers

Feb 26, 2013

Family Day di Morib Gold Coast

Assalamualaikum,

Sowi guys, BE dh lama giler tak update blog sebabbbbbbb kesihatan tak mengizinkan..sebabbbbb busy sgt2.. sebabbbb lappy BE tak repair2 lagi sebabbbb screen dia tiba2 gelap dannn orang technician kata better beli baru.. so nak beli baru tu xtau bila..huhu..

Anyway..pada hari sabtu 16 Feb 2013, BE dan hubby pegi family day opis BE di Morib Gold Coast. BE type morib gold coast dlm google image nmpk cantik lah dan ternampak lak gmbar Zana..hehe lupa yg Zana pernah g sana dulu.. 

Pagi sampai jam 8.30, 1st sarapan pastu kul 9.15 dorang dh start main game.. BE x main apa2 pun sbb segan..haha..majority byk game utk kanak2.. kul 1 ptg mkn tgh hari.. makanan dia ok lah..makan pun kt luar ada khemah besar mengadap pantai yg keruh..xleh mandi pun..air surut.. klau air pasang pun BE x mandi sebab airnya keruh..brown2 gitu..hehe.

Waktu utk check in, dorang umum leh ambik kul 2.15ptg-2.30ptg.. still no news.. kul 3ptg br dorang start beratur nak ambik kunci tp bayangkan dlm 700 org (itu termasuk family) duk beratur nak ambik kunci tp kuncinya ada dlm 30 bilik je.. BE berebut juga lah nk ambik kunci..yelah masing2 pun dh penat. skali ujan lebat, tgk jam dh 3.30ptg masih x dpt kunci lagi.. BE dpt kunci dekat kul 4ptg.. BE xtau lah hotel management yg lembab atau AJK opis BE yg x reti2 nak ambik kunci awal2 sbb pd hari yg sama ada drpd company lain pun wat family day ms tu tentu dorang dh ambik kunci awal2 gak..

Bila dh check in, BE lupa nak bawa towel..so ingat dh ada towl siap2 kt bilik..bila tgk rupanya xde langsung. So hubby BE g lah kt tmpt telefon, bila angkat senyap je.. bila tgk cable dia tak sambung ke main plug..hampehh tul jadi kene lah turun bawah. Bila dh inform kt org bawah hampir sejam x sampai2 lg towel tu so BE call guna hp BE direct ke no. resort tu minta hntr towel.. brape minit kemudian br dpt towel..
Hubby dh excited nak mandi bubble bath dlm Jacuzzi tu..haha mcm budak2.. OKlah, BE nk share gmbr je ye.. dh pnjg BE b'leter ni..hehe

BE tukang tgk je..

Bubble Bath..bestkan..?

View dr bilik BE..

Sebelum checkout.. (BE nmpk gemuk)

Itu saje cerita BE.. nnt kite sambung cerita lain plak ye..take care





Feb 14, 2013

Kebasnya tangan

Assalamualaikum,

Dah lama tangan kanan BE duk kebas je.. tanpa sedar BE suka tido tindih tangan.. Dan setiap kali bangun pagi BE akan tolak atau letupkan agar rasa lega.. Yang letup tu datang dr bahagian lengan di atas siku BE. Ada skali sampai bunyinye kuat sgt..? Mmg tak elok klau kite duk letup2kan drpd salah satu anggota badan kite tp majoriti bila diletupkan baru rs lega..tul tak..?

BE malas nak makan ubat2 yg boleh menghilangkan kebas sbb takut ada side affection. Even  BE tgh duk driving ke, menaip keybaord mcm skrg ni atau pegang mouse mesti akan kebas.. nak text sms panjang lebar pun leh kebas. Yg kebasnye pun asyik belah tgn kanan je. Mcm dh tua plak BE ni..

BE ada jumpa satu artical pasal kebas tangan.. nk komgsi skit ye..

Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
  1. Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking. (mmg BE ada rs camtu)
  2. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.  (true)
  3. Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.  (every day)
  4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat. (sgt2 betul)
  5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh. (pernah hampir terlepas pinggan berat itupun 1 pinggan tau)

7 Punca Kebas Tangan

  1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos! (blogger2 dgr tu ye..jgn over dos sgt duk menaip)
  2. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan. (x pernah keje tmpt2 camtu)
  3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil. (xde komen psl itu)
  4. Pergelangan tangan kita pernah cedera. (xpernah cedera)
  5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah? (wanita mmg byk wat keje rumah)
  6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. (BE br umur 28tahun dh kebas2 tangan ni)
  7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.(mungkin lah)

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit. (x suka jarum)
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu. (hirisan kecil..aduhh ngilunyee)
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini. (huhu no komen)
Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin. 
Readers dh baca semua tu kan.. seram gak bila dgr kene hiris, kene potong tp bukan potong tangan ke apa..  mungkin maksudnya salah satu saluran urat kite tersumbat sbb tu mudah rasa kebas.. k lah BE nak stop sbb dh byk taip..huhu..kene bg tangan ni relax.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,