Daisypath Anniversary tickers

Feb 3, 2013

Homemade meatball IKEA

Assalamualaikum,

Hi sihat ke? BE ok cuma flu skit hr ni.. Cuaca agak panas tp leh flu lak..hehe. BE jenis x thn panas mesti akan naik ruam gatal2 gitu terutama di lengan dan leher.. Biasa lah, klau dah ada asthma ni mmg xleh nak elakkan bende smua tu.. Redha je lah.. (^_^)

Ok, smlm BE wat meatball IKEA.. google dlm web jumpa lah resipi dia.. mmg senang lah.. nak tgk hasil meatball IKEA BE wat tak..?? jeng...jeng..jeng...


Haa tu dia...Rasa dia lebih kurang sama mcm di IKEA..so klau teringin nak mkn better wat sendiri..jimat wang, jimat minyak nak cr parking kt sana..hehe

Ini resipi dia klau readers nak cuba ye..

Resepi Meatball Ala IKEA 
Daging kisar Ramlee (yang ada 2 ketoi dlm paket tu)
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu tomei tomei..
(^_^)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.  
BE goreng terus je..

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu (seeloknya buang kulit dan bijinya skali)
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar*
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - BE tak letak langsung tp yg pernah buat ni dia letak kiub daging br enak rasanya...hehe

Cara-caranya:
1. Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu dan ketepikan.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato.
4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi).

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. 

BE bagi hubby sbg juri BE rs kentang dan kuahnya.. katanya "Good Try" wahhh seronoknya...hehe butterfly flying on me..hehe

Selamat mencuba ye...(^_^)



4 comments:

ary_lee said...

woot.. woot.. Tertinggal jem ni.. HuhuhuXD

BrightEye said...

Hahaha mmg t'tinggal jem pun. Sampai je umah br t'ingat. Huhu

Ratu Hatiku said...

Wah nmpk sdp...K nnt blhlah akk cuba nnt.. tq sharing ya :D

BrightEye said...

no problem kak.. dah wat nnt jgn lupa update ye..hehe

Followers