Daisypath Anniversary tickers

Oct 21, 2013

BERSANGKA BAIK VS BERTERUS TERANG

Assalamualaikum 

Renungan Hari Isnin.. (^_^)

Jom belajar melatih diri dalam keadaan ini. Sebagai manusia, kita memang tak boleh lari daripada berdepan dengan masalah ini. Tidak mampu 'bersangka baik' memerlukan kepada penerangan. Tak mampu 'berterus terang' memerlukan kepada bersangka baik.

Pinjam kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: "Ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit dalam hubungan sesama manusia adalah UKHUWAH".



Cth: Kucing ni tak boleh berterus terang, jadi bersangka baiklah ツ 




FADHILAT BERSANGKA BAIK

Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah: 

1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2. Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,

3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya. 

4. Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. 

6. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah; (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” 

With Love,

9 comments:

Nasuha said...

Terima kasih untuk perkongsian berguna ini...

Noor Aini said...

sama2.. (^_^)

Chenta Ummi said...

thanks utk perkongsian ni. saya juga sedang melatih diri untuk bersangka baik ini kerana dari kecil smpai dewasa saya mmg selalu berpikiran negetif, rasa insecure je..

salam dr sy yg pertama kali singgah ke sini :)

Noor Aini said...

ssama2.. dan terima kasih krn sudi singgah kt blog aini.. (^_^)

::EIDA:: said...

tak semua orang boleh bersangka baik. sokmo akan pk buruk dulu. kan? hehehhhee

Noor Aini said...

depends pada pendapat masing2.. (^_^)

Azura Rahamat said...

Tq aini for the sharing...byk kelemahan dlm diri zura nie untuk diperbaiki...

Azura Rahamat said...

Tq Aini for the sharing..byk kelemahan dlam diri zura nie yang perlu diperbaiki..thanks dear once again...

Noor Aini said...

Most welcome.. byk kite perlu perbaiki diri kite sendiri kan.. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,