Daisypath Anniversary tickers

Oct 7, 2014

Day 3 at Melaka

Assalamualaikum,

Hari ni baru mula bekerja.. smlm kan public holiday.. hehe.. So hr ni masuk keje mood cuti tu msh ada lagi.. huhu.. dgr bunyi loceng je rasa liat nak bangun..tu pun ada terlajak bangun..haha..

Anyway ni last entry pasal percutian Aini dan hubby di Melaka.. macam biasa hubby Aini akan keje dan slps tu baru kitorg jalan2.. Last day di Melaka hubby hbs keje sekejap je.. So slps check out Aini n hubby pegi di pantai klebang nk tgk SUBMARINE ataupun dalam Bahasa Melayu kite Kapal Selam.. Untuk kali pertama Aini dpt masuk jgak dlm submarine tu.. klau tak kite asyik tgk dlm tv je kan.. Actually org yg duk dlm sumbarine tu mmg kene ada sikap kesabaran..sebab apa..? meh tgk gmbr2 bwh ni ye.. 

Harga tiket dia murah je.. RM3 seorang.. dh masuk gate tu mmg pasir byk masuk kt celah jari2 la sbb pakai selipar.. nsb baik masa tu cuaca ok agak panas tp yg penting pasir tu kering.. klau basah ssh ler kan..



Ni ada sedikit sejarah ye..baca tau..!!

Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam pertama di Malaysia.
Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini.
Dibina pada tahun 1979, kapal seberat 1,200 tan ini dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium dengan perbelanjaan sebanyak RM 12.6 juta sebagai simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.
Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah sewaktu pelayaran di lautan Atlantik pada tahun 2009. Ia kemudiannya dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo dan ditarik ke pantai Klebang oleh sebuah trailer khas dengan 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.
Jika pada awal pembukaannya, pelawat hanya boleh melihat kapal ini dari luar, kini bahagian dalam kapal telah dibuka kepada umum.
Jadi anda boleh melihat tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew sewaktu kunjungan ke sini.

Baca tak td..? so skrg nak tgk dalam dia macam mana..?

Ooo sebelum masuk dlam..kite berselfie dulu..haha

Sebelum masuk kite kene bukak kasut dan pegang sepanjang kite dalam tu.. Gmbr yang belah kiri atas dan bawah tu tmpt peluru dan x silap aini msh ada lg peluru dlm submarine tu.. bsr giler la.. Gmbar atas kanan dan bawah org yang control something i donno..byk benor buttons dia..

Hubby pun kononnya nak cuba keje dlm submarine..hehe (^_^)

Bilik tidur crew.. mmg sgt sempit

Dapur dan dining room (Mcm mana orang tu masak ye?)

Dapur kedua, Tangga ke atas dan Submarine pandangan tepi luar.. tu pintu keluar..

Ok dah habs melawat dlm submarine.. sblm balik kite singgah kt tepi pantai.. agak berangin,, rs mcm nak picnic je kt situ..Candid gmbr hubby..hehe

Konnonya nak balik terus tp kebetulan dh lalu Taman Buaya ni hubby tanya la nak singgah ke tak?
Aini pun on je..haha..oantang klau diajak berjalan..

Semua dlm gmbr ni replika.. mcm2 bangunan dan tugu negara pun ada.. nmpk je besar tp sebenarnya ketinggian dorang buat ni paras pinggang kite je..hehe comel kan..

Ok Aini mmg takut dgn buaya walaupun dh berpagar berlapis2 but still i takut tau..
Mmg besar buaya ni ada mcm2 jenis..

Sebelum balik.. betul2 balik umah Aini dpt snap burung ni.. sgt comel.. 
The words are so suitable with its reaction..hehe

Ok tamat sudah percutian Aini di Melaka.. klau seronok nk g sana baik pegi pada hujung minggu sbb ada Jonker Walk..mcm petaling street tu..pastu penarik beca dia pun sgt menarik dgn warna warni dia..ada pelbagai design mcm hello kitty, upin-ipin, doraemon.. pastu naik cruise waktu malam lg best la.. mcm2 lagi lah.. Yang mana ada miss Day 1 & Day 2 Aini di Melaka boleh klik kt bawah ni..


Thank you for dropping by..

With Love,
Noor Aini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,