Daisypath Anniversary tickers

Nov 14, 2014

Renungan Pagi Jumaat: Keberkatan Rezeki

Assalamualaikum..




Sebelum ini, kita ada terbitkan entri mengenai kedudukan 30% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan dibawah RM2000 sebulan. Ada yang kata pendapatan ni memang tak cukup apatah lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga dan tinggal di bandar besar seperti KL. Ada juga yang berpendapat sebenarnya gaji kecil bukanlah masalah utama kerana yang penting adalah keberkatan rezeki. Jika gaji besar tapi tak berkat, tak kemana jua perginya. Akan sentiasa tak cukup. Apa-apa pun jom kita tengok apa kata Ustaz Don Daniyal tentang jumlah gaji yang kita semua perolehi. Semoga ianya boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Jika  gaji kita RM5000, tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak-anak yang soleh, 
hidup bahagia dan lain-lain. 

Tapi jka gaji kita RM5000, tapi kita kerja malas macam gaji RM2000, 
beza RM3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, 
anak nakal dan seumpamanya. 

Ini bezanya diantara rezeki yang berkat dan tidak berkat. RM5000 yang berkat bukan hanya terletak pada jumlahnya malah ditambah Allah dengan pelbagai kebaikan lain yang menyebabkan nilainya semakin bertambah. Namun RM5000 yang tak berkat walaupun jumahnya agak banyak namun tak pernah cukup kerana Allah kurangkan dengan pelbagai masalah dan kesempitan. Ada aje keadaan yang memerlukan duit sehingga RM5000 habis begitu sahaja.


Jom sama-sama kita muhasabah diri. Bekerjalah dengan ikhlas dan jangan curi tulang. Semoga rezeki yang sikit akan jadi banyak dan rezeki yang banyak, akan bertambah-tambah sehingga boleh dinikmati oleh ramai orang. 

Selamat bekerja semua...

With Love,
Noor Aini

No comments:

Followers