Daisypath Anniversary tickers

May 27, 2015

Wordless Wednesday


Red💋 and yellow💛 and pink💖 and green💚 purple💜 and orange🍊 and blueeee💙🎶🎵 
lagu zaman sekolah rendah.

With Love,

Aini

May 25, 2015

Sayangi anak kita



1
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.


2
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.


5
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.


6
Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak. 


Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

With Love,
Aini

May 10, 2015

Pekerja melayu tp makanan tak Halal

Assalamualaikum,

Hi and hi.. Sabtu ni smua g mana? tgk wayang? Ooo aini dh lama x tgk wayang.. Nak sgt tgk citer Jalan Puncak Alam sbbnye aini duk situ.. nak tau tang mana seramnye..hehe

Hari ni Aini keje..xde sape pun kt opis hanya aini seorang je sbb nak siapkan keje finance ni.. Rajin tak kite..? wawawa..

Anyway, Aini nak share citer ni pasal aini ni jenis dh suka makan makanan Korea.. sbb terpengaruh dgn citer reality ni.. The Return Of Superman.. yang buat kite rs nak makan Korea ni sbb tgk salah seorang anak ni nama dia Sarang.. kuat makan dan cara dia makan amat menyelerakan.. haha...

Semalam hari jumaat kan so rehat panjang. Aini pegi makan kat Korean Food ni. Nama dia 

NAMOO GREY Korean Cafe. Aini dan kwn dah duk situ nak pilih order, tgk gambar menarik pastu order la makanan. Sementara tunggu order Aini pusing tgk kedai dia..xdelah bangun berjalan tgk setiap tempat nnt dorang kata aini x betul lak..haha.. Aini toleh kanan toleh kiri tgk sekeliling sbb nak cari logo Halal.. know what mmg xde tp pekerja melayu ramai, customer melayu ramai. Aini tanya kawan aini, makanan sini Halal ke, x nmpk pun Logo Halal.. Kawan pun ckp Halal la klau x nape ada stuff melayu, ramai melayu makan sini mesti halal.. I was like yeah maybe.. (DUSH..kasi tampar muka sendiri baru tau!!)


Ok.. semasa dpt makanan Aini and kawan dh hbs makan dh, kenyang Alhamdulillah.. dh balik opis.. sementara tunggu suami ambik aini di opis, hati rs mcm x sedap je.. Aini on fb follow Namoo tu. aini tanya dia dlm fb message:


So what's your opinion? Is the food Halal eventho they said suppliers are halal but not all? Pork free..Alcohol free..Do u still gonna eat there? Untuk Aini tidak akan makan situ lagi walaupun ada yg halal tapi apa yang halal? Daging? Ayam? spices..? tp apa yang tak halal tu.. sudah tentu ada beberapa menu yang dicampur dgn makanan yang x halal kan.. ?

Ini silap aini jugak tak tanya dulu sebelum order makanan.. Kite ni mmg pantang nmpk makanan yang sedap2 tp tak tahu sama ada ia Halal ataupun tidak. Sape yang penah pegi IOI citymall Putrajaya mmg akan rs best tgk byk makanan kt situ.. 

Kite akan belajar dr kesilapan dan bila kite sedar biarlah ia satu pengajaran.

So to all muslims, please be aware..

With Love,

Noor Aini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,