Daisypath Anniversary tickers

May 31, 2017

DAHSYAT NYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Image result for berdoa

Ada waktu yg mustajab utk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu
1. berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Mekkah & Madinah, satu jam sebelum adzan maghrib org2 sudah menengadahkan tangan ke langit berdoa utk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai2 air mata mereka mengalir deras..
Ya, berdoa meminta kepada Allah yg Maha Kaya...

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin kita disini yaitu menyia2kan waktu yg sangat mustajab ini dengan cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang adzan maghrib..!!! 

kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka, & mrk sdh merasa cukup dg hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", pdhal hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur..

Setelah kita memahaminya, hendaknya min 10 ~ 15 minit sebelum adzan maghrib (sudah dlm keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dengan didahului puji pujian kepada Allah & bershalawat atas Nabi), 
Kerana Allah memberikan gerenti bahawa doa2 tersebut akan dikabulkan.."Allah sesuai prasangka hamba kepada Nya"

Manfaatkanlah waktumu sahabat, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat jelang buka. 

Berdo'alah untuk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita,  negara kita....

Musuh2 islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mereka berdo'a kpd Rabb nya disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka buat tipu daya utk melalaikannya dengan program2 tv & media lainnya di waktu-waktu yg mustajab yaitu: menjelang berbuka & menjelang sahur (2/3 malam). Sehingga ummat ini, mereka makan-minum, berpuasa, namun tak sempat utk berdoa.
semoga nasihat yg singkat ini bermanfaat bagi umat yg belum mengetahui nya.. أمـــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ..



May 16, 2017

Pelik la manusia sekarang ni

Assalamualaikum,

Apa yang pelik..? sebenarnya Aini tgh google cari gambar 1 minyak panas dari siam.. Aini selalu pakai sbb mmg best.. Aini tak ingat nama minyak panas tu walaupun bertahun2 guna so aini type minyak siam tp lain yang kite type lain plak yang keluar. Aini type minyak siam tapi yang keluar dr Mr.Google kite ni Minyak Dagu.. Eh biar betik.. mula2 ingat kisah pasal minyak dagu tp the very 1st link keluar ada 1 blog ni menjual minyak dagu secara online.. Yang paling bestnya tarikh yang di pos tu bulan Februari 2017.. baru lg tu.. bederau darah dibuatnya.. Sbb ada perasaan curious sgt nak tau betul ke org ni jual di Malaysia..yup mmg betul siam testimoni bagai drpd customer2 dia.. Yang tukang membeli ni pun orang Islam.. percaya sgt pada bende khurafat..syirik ni.. Syarat buat mengadap kiblat bagai.. Astaghfirullah..

Aini cari minyak ni sebenarnya.. Nama dia Siang Pure Oil.. haha

Image result for minyak angin siamRelated image

Minyak mmg best.. Untuk lenguh2, sakit2 sendi, sakit otot, sakit pinggang.. bila sapu minyak tu akan meresapdan akn rasa berangin. Aini pakai ni dh dekat 5 tahun. Baru tahun ni nampka kt Watson ada jual tp 1 botol besar tu RM22.. mahal bebenar.. So klau nak beli kirim dgn kawan yang pegi ercuti kt thailand sbb sana lg murah. hehe

Oklah, topik pasal minyak dagu tu klau nk baca blog org tu boleh tp jgn ikut bende2 khurafat ni ye.. Segala kesusahan dan untuk menjadi senang dan bahagia dalam hidup kita hanya meminta tolong dengan Allah S.W.T. 

Image result for kalimah syahadah




Apr 10, 2017

Lost 3kg in 4 Days

Assalamualaikum,

Hello guys.. I wanna share on how i loose 3kg for 4 days in a row. I know it sounds crazy, like it's impossible right.. What i ate?

Breakfast
-2 Boiled eggs eat only the whites..
-Japanese cucumber (just cucumber no mayo or any dip thingy)
-Apple
-Orange

Lunch
-Ceaser salad or salad with salmon
Basically i go to any cafe or restaurant and only eat salad with hot earl grey tea or green tea..
No sugar.. i have my own Stevia Sweetener as my sugar drops
-Banana

Snack
-Almond

Dinner before 8pm
I eat what my mum cooks but with less steam rice or even sometimes without rice.

Image result for diet

For 4 days i keep repeating the same menu and i checked i've lost 3kg.. Really helps but on the 1st day you might get a bit dizzy coz you already get used to eat heavy food for breakfast.

These tips are actaully from my husband.. He was a gym trainer and also consult people to diet with healthy food. If only i could start from earlier i wont be able to be like...NOW..haha

So maybe you can try this tips and good luck.. By the way, don't force yourself if you can't follow what i did..

With Love,
Aini

Mar 30, 2017

Logo for TheFlowerBar

Assalamualaikum,

Few months back i made a logo design for my friends friend who had a flower shop in KL.. Luckly at that time my sister laptop still in a good shape since mine was totally damaged and i donno why. I rather not to repair it coz the price is likely the same price as the new one and i didn't tend to buy a new one yet. hehe

This logo i made is very simple and i really kindda like it. She's now officially on sell and i really love the flowers they made. Delivery online, the price is base on our budget too.. Here are the logos and you can visit them on Facebook and Instragram



Do visit their Facebook and Instagram as mention above.. 💗

With Love
Aini

Mar 27, 2017

Good day Monday

Image may contain: text

Even until now we love to stare to each other.. 

Morning people



Good day Monday

Image may contain: text

Even until now we love to stare to each other.. 

Morning people


Mar 13, 2017

Happy 6th Anniversary

Image may contain: flower, plant, nature and text


6 Mac 2011 adalah hari pernikahan Aini & Azmeer.

6 tahun kami bersama.. Walaupun masih berdua tapi Aini sangat bersyukur yang kami bahagia bersama. Semakin lama kami bersama semakin kuat kasih sayang kami. Alhamdulillah.

Happy Anniversary suamiku sayang. 
Dulu suami Aini rajin tgk blog Aini tapi sekarang he's a busy man. Mencari rezeki yang halal untuk kami suami isteri serta keluarga Aini dan juga keluarga Azmeer. Thank you sayang for everything..

Oops jiwang plak dalam ni ye.. maaf ler Aini ni manja lebih bebenor dengan suami Aini.. kadang2 suami Aini terlebih manja dengan Aini..hehe tp x ler nunjuk2 depan keluarga lain.. nnt meluat plak dorang tgk kan..hehehe

Buat masa ni xde apa yang kami celebrate sebab belum ada masa yang sesuai untuk spend time together or cuti2 malaysia together. InsyaAllah ada masa yang ok dan masing2 ada free boleh lari dari keje jap..hehe

Ramai kawan Aini suggest pergi lah bercuti di pulau2, krabi, sabah, pangkor, tioman sebab mereka tahu Aini jenis suka bercuti dia pantai.. laki bini suka pantai.. sampai uncle2 Aini pun ckp suami suka pantai isteri pun suka pantai.. Suami suka nescafe isteri suka bancuh nescafe..eh..ke situ plak.. tp betul la uncle Aini ckp mcm tu.. suka ngusik kitorg..haha

Oklah nanti Aini update lagi ye.. bye2 for now

With love, 
Aini

Feb 20, 2017

Selamat tinggal Atuk..

Assalamualaikum,

Rabu 15hb Februari 2017 (18 Jamadilawwal 1438H), atuk Aini telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.15pagi di Batu Gajah, Perak. 

Kalau ikutkan pada hari tu Aini akan bercuti di Sabah 15hb hingga 18hb dengan suami, sepupu Aini dan seorang opismate.. Flight jam 9.20am so plan bertolak dari rumah pada pukul 5pagi. Masa tengah kemas2 baju hati rasa mcm berat sangat nak pegi Sabah. Tapi dengan kehendakNya.. Aini terima panggilan daripada sepupu pukul 3pagi. Aini ingat sepupu Aini tak jadi ikut disebabkan kerja tapi dia bagitau sambil menangis ckp Atuk dah takde.. Aini plak macam mamai2 skit jadi Aini ckp la kt sepupu "cakaplah betul2" Dia pun kata ya betul, Ayah yang bagi tau.. Terus Aini sedar pastu nangis. Suami Aini terus bangun terkejut dengar Aini nangis. Pastu suami pun tanya nak pegi sabah jugak ke.. Aini ckp Aini nak balik kampung. 3.30pagi Aini kejut mama Aini. Kejut dgn perlahan sbb mama Aini jenis mudah lemah bila dgr org yang dia sayang dah pegi. Macam arwah Paklong Aini dulu.. (abang mama Aini) meninngal sebab kanser.

Barang baju yang dah kemas untuk ke Sabah, diangkut terus untuk bawak balik kampung. Just remove yang mana tak perlu je. Kejut adik aini untuk bersiap balik kampung. Yang kesiannya si Yusuf la nyenyak tido tp bila bawak masuk kereta dia tak sedar langsung.. Sepanjang perjalanan Alhamdulillah jalan sangat clear, suami Aini bawak laju juga masa tu, syukur masing2 selamat sampai ke Batu Gajah. Nampak arwah Atuk terbaring di ruang tamu.. tengok muka atuk macam dia sedang tido.

Arwah atuk selamat dikebumikan.. cuaca sangat cantik walaupun agak panas skit sbb pd masa tu dh pukul 11 lebih. Kubur Arwah atuk betul2 duk sebelah Arwah Paklong Aini. Semasa Arwah Atuk hidup lagi, dia ada kata pada family, bila dia takde nnt dia nak sebelah Arwah Paklong Aini. Mmg hajat dia tertunai.

Pada hari tu opah Aini sangat lemah dan sedih.. hari esoknya dia nak makan ubat dia nangis sbb selalunya Atuk yang remind dia untuk makan ubat. Meja di luar tmpt Arwah Atuk selalu lepak pun dia menangis. Segala perbuatan dan masa yang opah buat dia mmg tak boleh lupakan Atuk. Opah sendiri cakap Opah msh dapat rasa yang dia ada, bayangan dia masih ada. Even Aini sendiri pun ada rasa macam tu. 

Sekarang Opah bersama Maklong Aini untuk bagi Opah rasa tenang. Hujung minggu ni mama Aini akan balik kampung untuk stay lebih lama bersama Opah supaya dia tak rasa sunyi.. Opah kene sentiasa ada orang disekeliling dia klau tak dia akan lagi sedih. Kami sekeluarga tak nak Opah jatuh sakit kerana rindu sangat dgn Atuk. Arwah Atuk Aini sangat romantik dan manja dgn Opah. Mungkin sebab tu Opah terlalu sedih.


Semoga Atuk tenang disana.. 
Kami akan merindui Atuk..
Al-Fatihah

Jan 18, 2017

Rezeki di tangan tuhan, bersabarlah

Assalamualaikum,
Aini ada jumpa 1 artical ni bg yang belum ada anak. Bila baca Aini rasa satu nasihat yang baik bg orang berttc macam kite. Its a part of our high spirit to move on with our beloved husband. And most of the time it's true. Ada hikmah semuanya.. Alhamdulillah suami Aini layan Aini dengan baik, klau dia nk keluar jumpa kawan2 dia pun dia mesti balik awal. Tak lepak sampai lewat malam sebab dia tahu isterinya sunyi walaupun ada adik dan mak di rumah di tetap nk teman isterinya. Aini tak kisah dia nak jumpa kawan2 dia tp dia tetap nak jaga hati isterinya.. hehe.. Ok jom baca artical bawah ni ye.


Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?

Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah
What do you think..? So be happy what you have now and make it your happiness until the end of your life..
With Love,
Aini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
With Love,