Oct 9, 2018

The day she was born

Assalamualaikum,

15 July 2018, the day Noor Aisyah was born at 1213am Sunday, Hospital Salam.

2 hari sebelum bersalin.
Jumaat tu Aini dah mula kemas barang pejabat.. Sempat lagi berborak dengan kawan kata klau Aini bersalin awal macam mana sebb masa tu dh genap 9 bulan. Macam nurse kata, dah masuk 9 bulan bila2 masa saje akan bersalin. Sama ada air ketuban pecah, contraction atau bleeding.

Aini teringin nak buat cheese cake so selepas balik dari office Aini cakap kat suami nak singgah jaya grocer sebab jaya grocer banyak bahan2 nak buat english cake.. creamcheese and frozen berries senang nk dapat kt situ. 

14 July 2018, Sabtu.. 
pagi tu rasa biasa2 je tp dalam masa 1 hari tu Aini banyak berdiri.. tiba2 rajin buat eje umah and buat cheese cake bagai. mengah and sakit kaki mmg ada tp terlebih rajin..hehe.. Mlm tu Aini tengok tv, 1 family ada.. Aini bersila di lantai, suami kat sofa, adik tgh layan anaknya, mama aini di dapur nak makan.. 

Bila Aini nak bangun pegi dapur juga, tiba2 rasa air keluar banyak rs suam2.. Aini terfikir masa tu takkan terkencing kot, bila betul2 berdiri keluar lagi air, Aini pun dh panik jeirt panggil mama padahal suami ada depan Aini. Suami and adik tanya kenapa, Aini ckp dh bocor tu je Aini leh jawab.. tak sakit tp panik yang amat. contraction mmg xde rasa apa2 pun. Adik pun datang peluk Aini, dia tenangkan Aini kata jgn takut, air ketuban pecah mmg xde rs sakit.. ya mmg xde rs apa2 angsung..hati kite je yg buatkan rs macam sakit tp sebenarnya tak. Baru la aini dh rs tenang tp yang tak tenangnya suami Aini.. Terus lari naik tangga tukar baju, terus lari pi kt kereta on enjin kereta. Sampai adik Aini panggil kat suami Aini suruh bertenang. baru la dia tenang. 

Masa tu jam 9.30mlm air ketuban pecah.. Suami drive ke hospital.. mama teman Aini duk seat belakang.. air ketuban masih keluar lagi dalam kereta..nasib baik suami Aini letak tuala klau tak mesti banjir..hehe.

30minit sampai hospital Salam, terus ke labour room. Doc Aini (Dr.Siti) cuti la plak so yang ada Dr. Azwa yang ganti. Dia pun ok, lemah lembut je.. sampai di labour room nurse check jantung baby.. dekat 20minit sementara Dr.azwa sampai nurse suruh Aini tukar baju. Nurse masukkan jari utk rs kepala baby tp x dpat..ya Allah sakit yang amat masa tu. ada keluar bleeding skit. Dr.Azwa pun sampai scan perut tgk baby songsang, kepalanya masih di atas. Air ketuban dh kurang sbb tkut lemas so Dr. kata kene operate. Nak taknak kene terima juga untuk selamatkan baby. 

Suami masuk dalam jumpa Aini kejap.. Aini nangis sbb takut nak kene operate..suami Aini pujuk la kata Aini boleh dan Aini kuat. Selepas dia keluar Aini dah bersiap untuk operate..

15 July 2018, 
Jam 12am tepat Aini dh dalam bilik surgery. Ada 4 Doc termasuk Dr.azwa. masa tu Aini semput skit so Doc ada letak 2 blower heater kt kaki dan dada Aini supaya tak rasa sejuk. klau tak Aini akan semput teruk. Selepas dibius di belakang Aini, a few minutes Aini dh x rs kaki. Bermulalah untu operation. Sambil tgh operate tu Doc tgh berborak pasal bola la.. nak makan la.. kite layan je lah

Jam 1213am, Noor Aisyah selamat keluar dari tingkap. tapi masa tu xde suara dia nangis lagi.. hati Aini risau.. tapi kejap je pastu baru dengar suara dia.. Dr.Azwa tunjuk Aini dia punya tutt kata perempuan ya.. sekalil Aisyah terkencing terus.. nasib baik lah tak masuk ke mulut Aini...hehe.. Nak ketawa gak masa tu tp nangis gembira je..

Alhamdulillah semuanya selamat, baby sihat..berat pada masa tu 2.4kg.. halus je.. bila dia nangis MasyaAllah halusnya... hampir 7 tahun menanti dan Allah makbulkan doa kami suami isteri. Alhamdulillah.

InsyaAllah 15 Okt ni Noor Aisyah dah nak masuk 3bulan.. Alhamdulillah Aisyah sihat dan semakin bumbum.. rasanya berat badan dia dah lebih 5kg ni. Semangat..

Ok nnt Aini akan cerita lagi ya.. 

With Love,
Aini




Followers