Jul 24, 2021

DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN



 

ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SSALAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NI’MATI, WA ABWAABA BAROKATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.

Ya Allah…. Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


🤲🏻🤲🏻


🌷Bacalah doa ini selepas solat, sebelum tidur dan bila-bila saja. 

🌷Amalkan doa ini, In Sya Allah akan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya, terhindar daripada musibah, orang bertambah sayang dan apa yang didoakan In Sya Allah akan dikabulkan oleh Allah.

🌷Jangan berputus asa berdoa. Ada orang Allah cepatkan doanya dan ada pula yang lambat dan mungkin ada juga yang Allah beri di akhirat. Semua ini kerja Allah, hanya DIA yang tahu apa yang baik untuk kita.

🌷Yang paling penting, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan mesti yakin dengan Allah. Bersangka baik juga dengan Allah.

Jul 6, 2021

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

Assalamualaikum..





Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.30 pagi 1/7/2021 sehingga 10.30 pagi 2/7/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021.

** jom support Mia Liana....

Jul 2, 2021

Nak minum Gong Cha

 Assalamualaikum,

Hari ni for the 1st time Aini order air Gong Cha.. Rasa nak minum tea so Aini pun ambik GC Signature Green Tea macam dalam gambar kt bawah ni..


Nampak sedap kan?
Kite boleh nk tick less sugar ke no sugar ke terpulang pada kite..
Yang putih atas tu special foam
klau xnak tu pun xpe, ada byk option.

tak sampai 20minit dah dpt dah air GC Signature Green Tea tuuuu..



Ok..we can't get the same as the image so yeah..



Ok sedap.. tea dia rasa jasmine tea.. not so green tea..
Well maybe it was jasmine green tea..
Aini ni hantu minum tea so tau rasa green trea or jasmine tea ni macam mana..




Total RM16.23..
Delivery tu mahal..huhuhu..

Sekali sekala nak minum leh la.. maybe once a month or once for 2 or 3 month.. haha

You guys dah rasa flavour apa?

Apa lagi flavour yang sedap?



Love Aini








Jun 30, 2021

Dapat kerja baru waktu lockdown

 Assalamualaikum..

Dah setahun lebih Covid ni masih wujud lagi dan kite semua xtau bila akan hilang. Sama2 kite doakan agar penyakit merbahaya ni akn hilang dengan cepat. 

Alhamdulillah mama and papa Aini dah ambik 2dos vaksin. Rasa lega sangat2 dan harap akan bertahan lama dalam badan mereka. Aini & hubby xtau bila lagi.. masih menunggu panggilan.. 

Klau dh dapat panggilan utk ambik vaksin pergi la.. sape tak ambik rugi.. kite ikhtiar.. kite cuba.. dah dapat free ni ambil lah.. tahun depan mungkin xde dh dpt free vaksin ni..

Anyway.. dah lama sangat Aini tak update blog kan.. last update bulan Feb tentang Aini join venture dengan sepupu buka cafe di Glenmarie Gold Club.

Sekarang......... (~_~)

Sejak Aini join bulan Disember 2020 sehingga Lockdown (Jun 2021) Aini jadi terlampau penat, mood asyik tak baik..aisyah asyik kene marah padahal dia nak ambik perhatian dengan mama dia je..kesian dia.
 
Mama aini tegur yang Aini nampak miserable nampak susut..
Hubby kata Aini nampak mcm panda (mata sembab). 

Sejak mulanya Lockdown ni Aini ambik keputusan untuk tarik diri. Banyak dugaan sepanjang Aini kerja sana.. Hujan lebat kene tempias teruk, angin & hujan lebat segala macam kat counter jatuh, makanan basah. Aini tak sanggup. Aini jadi kerap semput balik. kerap sakit.

Aini cakap dgn hubby yang Aini nak kerja dekat dgn rumah..
Hubby ok je as long as Aini tak mcm tu balik. 

Aini dapat interview dekat Petals (gubah bunga and gifts) 20min from home
Cerita Drama Love Elsa berlakon tempat kedai bunga tu..
Aini dpt offer tapi aini tolak sbb shift sampai 9malam..
Aini ada anak kecik so Aini xnk stay lambat.

2nd interview di kedai bengkel kereta - 15 mins from home
dorang nak cari staff HR and finance 
dorang offer Aini sbb tengok Aini byk pengalaman..
So yup Aini terima walaupun dia offer agak rendah.
Cuti Ahad, Sabtu halfday. Mon-Fri 10am - 6pm
ok lah bagi Aini.. habis kerja sampai rumah 6.20 camtu




Aini start kerja pertengahan Jun tp gaji dapat dari 1st Jun sbb masa tu lockdown baru mula so bengkel xleh bukak lagi. Sekarang bengkel dah buka dapat kelulusan dr Miti. Ada juga la customer datang nk repair kereta. Aini jaga counter sambil2 tu buat keje akaun.. 

Macam mana dengan awak pula? 
Yang mana kene buang kerja dan yang mana bisnes turun disebabkan lockdown ni Aini doakan semoga anda dimurahkan rezeki untuk teruskan hidup bersama orang yang tersayang.

Please 
Stay safe
Stay At Home
Take Care
Wear Mask
Eat Healthy Food

With Love,
Aini









Feb 2, 2021

Kisah tahun 2020

Assalamualaikum..

How are u silent readers..? aini tak tau ada lg ke tak orang blogwalking zmn skrg ni.. yelah skrg ni byk layan instagram and fb even twitter kan.. Aini penah bukak akaun twtter tp utk aini mcm x guna sgt so i deleted.

Anyway.. tahun 2020 adalah tahun yang sangat byk dugaan besar bagi Aini sekeluarga dan orang2 lain di seluruh dunia ni kan..? 

Aini kene buang kerja.. suami msh di tmpt keje lama pd masa tu tp dia telah sedaya upaya utk mencari kerja lain di atas sebab tertentu tapi pd masa tulah nk dpt kerja baru waktu covid19 sgt2 la mencabar sebab byk syarikat2 kene tutup, buang pekerja dan lain2.

Bulan Disember 2020 ada pemberian rezeki Allah beri pada Aini, suami & anak. 21hb Aini join venture dgn sepupu utk buka cafe di Glenmarie Golfclub. Mmg penat tp berbaloi. Dapat cuti rehat pada hari Rabu shj. Dan pada 21hb juga suami dpt panggilan dr LUAS. Yes he got a new job.. Alhamdulillah Aini n suami sujud syukur pd Allah.. 

PKP 2.0 kembali lagi dan mmg effect pd bisnes Aini tp Aini bersyukur yg suami skrg kerja dgn sektor kerajaan. Aini x perlu risau sgt. 

Aini tahu ada yg lagi susah dari apa Aini dpt skrg tapi Aini harap anda akan terus kuat, berdoa demi anak2 keluarga dan diri sendiri. Jgn give up ya.. Allah akan bantu anda klau anda ingat padaNya..InsyaAllah..

With Love,

Aini




Followers